Berita Dhab Sinai

DHAB SINAI DI AKHBAR



MELAKA 13 Jan. - Minyak dhab yang dikatakan mempunyai khasiat merawat pelbagai penyakit menjadi tumpuan orang ramai pada hari kedua Karnival Muamalah Islam dan Kempen Jom Zakat sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dataran Pusat Islam Melaka hari ini.

Malah gerai yang menjual pelbagai produk kesihatan dihasilkan daripada haiwan tersebut tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai sejak karnival itu dibuka semalam.

Pengusaha produk dhab yang menggunakan jenama Dhabsinai, Azhar Mohamed, 42, berkata, dia memperoleh dhab dikeringkan daripada pembekal haiwan itu di Mesir sebelum memproses untuk menghasilkan minyak urut dan sebagainya.

Menurutnya, kehebatan dhab terletak pada dua pundi hitam lemak di dalam perut haiwan tersebut yang sering diproses sebagai minyak urut selain digunakan untuk menambah tenaga batin lelaki.

"Organ hempedu, hati daging dan tulang dhab pula selalunya diasingkan dan dijemur kering sebelum dikisar halus untuk diproses menjadi kapsul bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

"Saya mula mengusahakan produk ini sejak 1995 selepas tamat pengajian di Mesir," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Azhar berkata, melalui testimoni pengguna kapsul Dhabsinai yang diterima, minyak dhab terbukti berkesan untuk menghindari penyakit kronik.

"Minyak dhab yang dihasilkan mampu melancarkan darah, mengurangkan kolestrol, membuang angin kotor, menghilangkan letih lesu dan mengurangkan tindakbalas pelbagai alahan.

"Sejak karnival dibuka semalam, ramai orang mengunjungi gerai saya untuk melihat haiwan dhab yang telah dikeringkan dan membeli produk-produk yang saya hasilkan," katanya.

Ujarnya, harga produk minyak dhab dan kapsul yang dijual adalah daripada RM25 hingga RM45.
Katanya, kapsul Dhabsinai juga mendapat pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan telah didaftarkan di bawah kelulusan Kementerian Kesihatan